TaK tErNilAi AiR mAtA deNgAn PeRmATa,
YaNg Bisa mEmADaM Api NerAkA
aNdAi BeNaR mEnGAlIR DAri nASuHYA IlaHi
TaKKn bERApAliNg pAlSu DuNIaWi


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 29 April 2011

UntUk aDAm DaN hAwA




Adam...

Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,

Gagah perkasa seperti Badang,

Kau gunakan Hawa sebagai umpan,

Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...

Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,

Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,

Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,

Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...

Kadangkala kekacakan yang ada padamu,

Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,

Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,

Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...

Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,

Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,

Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,

Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...

Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,

Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,

Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,

Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...

Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,

Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,

Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,

Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...

Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,

Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,

Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,

Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...

Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,

Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,

Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,

Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...

Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,

Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,

Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,

Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,

Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,

Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,

Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...

Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,

Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,

Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...

Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,

Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,

Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,

Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.

Dan

Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.




Khamis, 21 April 2011

AnDaI Aq pErGI..



Cerita hidup kian berlalu

Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segala kepada Mu

Selasa, 19 April 2011

KaLu SaYAnG ToLOnG nAsehAtKaN AnA....

assalamualaikum..
Hidup ni kan ,sama2 lah kita nasihat menasihatikan.jadi ana nak minta tolong kawan2 yang mengenali ana.ana rasa ana banyak berubah.klu ana berubah ke arah keburukan tolonglh
nasehat kan ana erh..

Dalam kitab Riyadhus Solihin, bab nasihat, Imam Nawawi menghimpunkan beberapa ayat dan hadis berkaitan nasihat. Ayat yang dikemukan pada awal bab ialah

ِإنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَة

Maksudnya: “Sebenarnya orang-orang beriman itu bersaudara…” (Al-Hujurat:10)

الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya: “Agama itu adalah nasihat. Kami bertanya, untuk siapa? Untuk Allah, kitabnya, rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh umat Islam.” (Muslim)

Pada penghujung bab, Imam Nawawi membawa hadis berikut;

لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُكمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya seperti mana dia kasihi untuk dirinya sendiri.” (Bukhari, Muslim)

Maksud nasihat ialah mahukan kebaikan untuk orang yang dinasihati dan memandu mereka ke jalan kebaikan. Saya tidak bermaksud untuk menjelaskan nasihat dari sudut hukum, kaedah dan adab-adabnya. Tetapi melihat nasihat dalam konteks gandingan ayat dan hadis yang dikemukakan oleh Imam Nawawi.

Berdasar ayat dan hadis-hadis di atas, boleh difahami bahawa antara ciri kesempurnaan iman seseorang adalah dengan menjalankan tanggung jawab nasihat kepada saudaranya yang lain.

rINdU???...yA ALlAh jAuHkAn RInDu ItU


Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.






Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

SeiNdAh hiAsAn AdaLaH wANiTa sOLeHaH


Setiap wanita yang hendak menjadi seorang Muslimah yang cerdas, pasti akan selalu berusaha meningkatkan kualiti dirinya, baik dalam masalah agama, kemampuan akal, ilmu dan wawasan. Hal tersebut bertujuan untuk kepentingan dirinya, keluarganya, mahupun umat Islam pada umumnya. Wanita Muslimah yang cerdas akan dapat mendidik anak-anaknya untuk menjadi generasi Muslim yang teguh dan berkarekter, juga dapat mendorong seseorang untuk menjadi seorang Muslim yang kuat dan membela agamanya.

1. Menuntut ilmu agama

Menuntut ilmu agama hukumnya wajib bagi Muslim mahupun Muslimah. Kerana hal itu akan membawa kepada kebaikan, dan menyelamatkan dari fitnah syubhat dan fitnah syahwat, serta membawa pelakunya ke syurga.

"Barang siapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, maka Allah akan menjadikan faqih tentang agamanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menuntut ilmu agama dapat dilakukan dengan membaca buku atau majalah, mendengarkan rakaman kajian, atau dengan mengikuti taklim. Usahakan untuk benar-benar menumpukan perhatian ketika menuntut ilmu, walaupun harus sambil mengerjakan aktiviti lain, misalnya sambil mengasuh anak. Bertekad kuatlah walaupun hambatannya besar. Tanamkan di dalam hati, bahawa setiap kesulitan yang ada adalah 'bonus' dari Allah SWT untuk menambah pahala kita, tentu sahaja bila kita sabar dan ikhlas dalam menjalaninya.

2. Menjaga ibadah wajib dan sunat

Sesungguhnya setiap amalan dan aktiviti yang dilakukan setiap hari dapat bernilai ibadah jika ikhlas. Selama 24 jam dalam sehari, mungkin kita telah terpontang-panting dan sangat lelah melakukan berbagai aktiviti seharian, baik untuk keperluan diri sendiri mahupun keluarga. Namun kita hendaklah selalu menjaga agar tidak sampai melalaikan ibadah wajib mahupun sunat.

  • Tetaplah berusaha sekuat tenaga untuk melaksanakan solat tepat pada waktunya dan menyempurnakan dengan solat sunat rawatib.
  • Setiap hari, sempatkan diri untuk bertilawah al-Quran walaupun hanya satu muka surat atau bahkan beberapa ayat.
  • Bersedekah kepada fakir miskin dengan menyisakan sebahagian wang belanja.
  • Sewaktu benar-benar keletihan, pastikan kita selalu tetap beribadah dengan berzikir kepada Allah SWT.
  • Bila mampu, usahakan untuk berpuasa Isnin & Khamis dan puasa sunat yang lain.
  • Perbaikilah akhlak dengan berbuat baik semampunya kepada suami, anak, keluarga dan orang lain dengan senyuman yang tulus dan berniat untuk mendapatkan pahala dari Allah SWT.
3. Bergaul dengan teman-teman yang baik

Hendaklah kita selalu berusaha menjaga pergaulan kita, kerana hal itu akan sangat membekas dalam diri kita. Dengan memilih teman bergaul yang solehah akan membawa kita pada kesolehannya. Mahu tidak mahu kita akan tersentuh dengan aura keimanannya, sehingga kita pun akan 'dijangkiti' dengan kebaikannya.

CeRiA nYeR,,hUHuhUu...EPy..^_^



Eh..cerianya awak hari ini!!!”..”wahhh, suka tul tengok awak nih..asyik senyum memanjang jer”..gembira semacam jek..ade ape2 erh???...




. Itu gunanya kawan atau orang keliling. Hanya mereka yang dapat menilai diri kita selain daripada Penilai yang sebenar iaitu Allah S.W.T. Berkaitan dengan ‘ceria’, semua sedia maklum bukan semua orang dapat memperlihatkan gaya ceria dalam diri kita. Masalah dunia antara penyebab utama kita susah nak ‘senyum’ walaupun sekadar senyum kambing. Lalu wujudlah golongan yang ‘kurang mesra’ dengan orang. Masalah tetap menjadi ‘pendamping utama’ setiap hari. Kalau tak besar pun, yang sedikit pun dah buat kepala kita jadi sakit dan ‘moody’.

Bagaimana nak pastikan kita ceria selalu? Saya antara insan yang terpilih oleh Allah, telah dikurniakan perasaan yang mana setiap hari saya ceria [bukan dari penilaian saya tetapi rakan-rakan guru]..tengok sekali macam tak ada masalah padahal dalamannya hanya Allah saja tahu. Bila berada di sekolah, automatik fokus saya pada ‘anak-anak’. Itu antara sebab mengapa saya berasa selesa di sekolah, kalau sampai petang pun tak pa walaupun agak jauh dari rumah. Sebab dan alasan? Ntah, susah nak dikata dengan ayat kerana hanya Allah saja yang tahu.

Dalam keadaan sibuk sekalipun, saya masih diberi peluang oleh Allah untuk meluangkan masa untuk membaca. Saya tetiba tertarik dengan salah satu artikel yang terdapat dalam majalah kesayangan saya yang terkini iaitu SOLUSI yang bertajuk “Wajah Yang Menyenangkan”. Begitu tertarik dan menarik untuk dibaca. Jadi, sebagai sahabat dunia dan akhirat, saya ingin kongsikan rahsia untuk mendapatkan wajah yang menyenangkan orang yang melihat kita ini dengan para sahabat yang membaca blog saya ini. ‘Sharing is Caring and Caring is Loving’.

Niat yang ikhlas

  • Kita perlu memasang niat dalam semua perkara yang kita lakukan sebagaimana mahfum sabda Rasulullah s.a.w Riwayat Muslim: "Sesungguhnya setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang telah diniatkan." Hadis ini membawa pengertian bahawa setiap perbuatan dan amalan itu dinilai berdasarkan niatnya. Jika niatnya baik dan ikhlas kerana Allah Taala, maka itu merupakan ibadah yang menyebabkannya memperolehi ganjaran pahala. Secara sainstifiknya pula, orang yang berniat baik dan ikhlas ini akan mengeluarkan tenaga dalaman yang positif yang terpancar melalui getaran atau gelombang (brain waves) yang hanya dirasai dengan gerak hati atau intuisi. Wajah orang yang positif ini dirasakan menarik, bersih, lembut, manis dan sebagainya. Orang yang mendampinginya akan merasakan aura itu. Oleh sebab itu, jagalah niat kita bertemu dengan seseorang kerana boleh terpancar pada wajah kita.
Senyuman
  • Senyuman yang tulus ikhlas dapat menghangatkan jiwa yang menerimanya. Ia boleh menjadi penawar dan ibadah, malah turut menceriakan dan memaniskan penampilan kita. Apabila kita senyum dengan niat kerana Allah, ia jadi ibadah sedekah. Senyuman mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Orang yang selalu senyum akan dapat mengeluarkanendorphin dalam badan yang mampu menimbulkan rasa lega, selesa dan ceria. Kesan senyuman ini dapat menimbulkan rasa gembira kepada orang yang melihatnya. Senyuman yang ikhlas akan meresap dalam kalbu yang paling dalam.
Wajah yang ceria
  • Keceriaan ialah anugerah Allah yang tidak terhingga kepada manusia. Ia berpunca dari lubuk hati yang bersih dan suci. Rasa senang dan bahagia menimbulkan wajah yang ceria. Ia merupakan satu kebaikan yang perlu diambil perhatian sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis ini yang bermaksud: "Janganlah kamu memandang remeh terhadap segala kebaikan, walaupun hanya sekadar kamu berjumpa dengan saudaramu dengan wajah yang ceria." (Riwayat Muslim) Alangkah senang hati kita melihat wajah orang yang ceria. Wajah orang yang ceria dapat menghiburkan orang lain.
Kata-kata yang menyenangkan
  • Manusia sangat senang dengan kata-kata pujian dan penghargaan. Ia dapat memotivasikan orang yang menerimanya. Ucapan yang baik dengan penuh kemesraan dapat memikat hati orang yang mendengarnya. Allah juga memerintahkan kita supaya mengucapkan kata-kata yang baik seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 38, mahfumnya: "Dan ucapkanlah kata-kata baik kepada manusia." Oleh sebab itu, rahsia orang yang hebat ialah apabila dia dapat mengeluarkan kata-kata yang menyenangkan hati orang lain.
Penampilan yang menarik
  • Persepsi orang yang melihat kita banyak bergantung pada pakaian kita kerana 95% daripada badan orang Muslim dilitupi oleh pakaian. Identiti seseorang banyak bergantung pada cara mereka berpakaian. Cuba kita buat perbandingan pakaian seorang korporat dengan seorang imam masjid. Tentunya jelas kepada kita bahawa pakaian banyak mempengaruhi persepsi orang terhadap kita. Manusia sangat senang dan suka kepada kecantikan. Oleh sebab itu, pilihlah pakaian yang menarik dan sesuai dengan keadaan dan suasana supaya orang senang melihat kita.

BaHaGiA SeLaMa-LaMaNYa


Aku SeRiNg impikan saat gembira,

Yang tiada pernah mengenal akhirnya

Dan aku tahu,

Itu hanyalah di syurga allah yang kuasa.


Aku mula memandang dunia yang penuh pancaroba,

Dengan pandangan yang berlainan,

Ibarat formula-formula yang terapung,

Menanti untuk diselesaikan


Hari ini ujian ini,

Dan esok ujian itu,

Hingga aku sendiri menjadi mangli

Dan air mataku telah kering berhenti


Gembira, sedih

Suka, duka

Putaran ini wujud di dunia,

Kesedaran hidup di alam fana

Aku patut berhenti berfantasi

Mengimpikan bahagia selama-lama di atas muka bumi ini

Kerna bahagia tanpa wujud akhirnya

Hanya wujud di syurga sana


Sama ada aku memilih untuk berdiri

Atau aku tidak akan mendapatkannya nanti..

Isnin, 18 April 2011

UkHUwAh kE KaPeL.....BeNcI...CiNtA

Orang kata, "indahnya ukhuwah itu.."
Ditambah pula..
"..andai bertemu & berpisah kerana Allah"
Aku berfikir..indah benarkah ia?

Tika hati terluka lara
saat benci menguasai sukma
sejuta kebaikan lalu ditelan maya
satu kesalahan mu menjadi sisa


Ukhuwah kita ini kerana apa?
hati kita ini kurniaan siapa?
kata-kata mu juga dari mulut siapa?
adakah dgn pinjaman ini niatmu sengaja?

Mudahnya menutur maaf
mudah juga memberi maaf
bila hati sudah redha memaaf
tapi masih berbekas, walau sudah memaaf..

sepertinya sakit benar..
sepertinya tidak merelakan..

Ku renung dalam2 ayat itu..

"bencilah kesalahannya,
tapi jangan kau benci orangnya."

Mampukah aku?
berbuat begitu pada saudaraku, keluargaku,
temanku,sahabatku & pada setiap yg ku cinta?
Saat mereka 'ter' khilaf,
adakah kemaafanku redha mengiringi kesalahan mereka?

tapi, demi sebuah ukhuwah & cinta
akan aku perjuangkan
kerana Allah yang menjadi saksinya

kerana pada setiap diri itu
yang ku benci hanya khilafnya
tetap cinta pada pelakunya
yang ku sakit hanya pada katanya
tetap sayang pada pelakunya

Ku lihat kata2 As-Syafi'i
"Aku mencintai orang2 soleh.."

diteruskan dengan titisan jernih air mata
"..meski aku bukan dari bahagian mereka,
dan aku membenci para pemaksiatNya,
meski aku tak berbeza dari mereka.."

Insan hebat berkata begitu
namun, aku ingin menjadi lebih hebat
kerana Allah yang menjadi saksinya
dalam tiap ikatan ukhuwah kita

"kerana tiap yang beriman itu tetaplah rembulan,
memiliki sisi yang kelam
yang tak pernah ingin dilihat sesiapa pun,
maka cukuplah bagiku memandang sang bulan
pada sisi indah yang menghadap ke bumi.."

Indahnya pada selalu memberi..
Indahnya pada sesekali merasai..
Kedua itu adalah saling..
bukanlah asing2..
seperti sang rembulan
yang kadang harus menggerhanai matahari..

Maafkanlah..
Leraikanlah..
Redhailah..
hidup ini terlalu singkat utk membenci..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ahad, 17 April 2011

DeMi KeBaHaGiAaNmU AnA PaSraH..


Meski hati berlagu rindu,cukuplah aq sekadar melihat dia tersenyum riang.
dari dulu aq katakan bukan niatku untuk melukai hatimu.
meski hati ini berasa seribu kesalahan dengan berjuta linangan air mata
kerana melukai hatimu tapi itu semua demi keredhaan illahi.jika kau terbaca
blog ini,aq mohon sejuta kemaafan dengan apa yang terjadi.Aq berharap enkau
tersenyum ceria,sesungguhnya senyuman mu semanis kurma.Hati aq sudah cukup rindu
dan genbira pabila melihat senyuman itu,meski hati ini perit.








WanItA mAwAr ImPiAn

Mawar Pertama:

IngatLah, Tuhanmu ALLAH akan mengampuni orang2 yang memohon keampunan, menerima taubat orang yang menyesaLi dosa2nya dan menyambut setiap hamba yang kembaLi ke jaLan-Nya..

Mawar Kedua:

SayangiLah orang2 yang Lemah, nescaya engkau akan bahagia.BantuLah orang2 yang memerlukanmu dan memenuhi hajatnya, engkau akan disembuhkan & mendapat kepuasan. JanganLah engkau tebarkan kebencian agar seLaLu seLamat dan engkau akan dihargai..

Mawar Ketiga:

Optimis & bersangka baiklah, kerana sesungguhnya ALLah seLaLu bersamamu, para maLaikat sentiasa memohonkan ampunan untukmu, dan syurga teLah menantimu..

Mawar Keempat:

HapusLah air matamu dengan berbaik sangka kepada ALLah. UsirLah segaLa duka dengan mengingat segala nikmat-Nya yang teLah diLimpahkan kepadamu..

Mawar KeLima:

Jangan pernah menyangka bahwa di dunia ini ada orang yang bisa mendapat kebahagian sempurna, kerana tak seorang pun bisa memperoLeh segala yang diinginkan..

Mawar Keenam:

JadiLah seperti pohon kurma, tinggi cita2nya, kebaL dari penyakit dan biLa diLempar dengan batu ia membaLas dengan buah kurmanya yang manis dan bermanfaat..

Mawar Ketujuh:

Pernahkah engkau mendengar bahwa kesedihan dapat mengembaLikan sesuatu yang teLah berLaLu? dan duka Lara dapat memperbaiki sebuah kesaLahan? Lantas, untuk apa engkau bersedih?

Mawar KeLapan:

JanganLah mengharap datangnya ujian dan bencana, tapi berdoalah supaya beroleh ketenangan, kedamaian, dan kesehatan yang pasti datang dengan iZin ALLah..

Mawar KesembiLan:

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat saLah kepadamu..

Mawar KesepuLuh:

Mandi, berwudhu', memakai wangian, siwak dan kerapian adaLah ubat mujarab untuk mengatasi segaLa kesusahan dan kesedihan..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

By: Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni
[Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia]




"Jadilah wanita yang paling bahagia, umpama mawar yg indah & harum..membawa kedamaian seisi dunia :)"
Wanita yg bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yg segar menghijau...

DoSa Vs DeBu

Dingin..

Angin di luar bertiup kencang, hingga memasuki ruang2 tingkap yg sudah ditutup..

Angin itu masih mengintai2 lubang untuk tetap masuk ke kamar..


"Erm, kuatnya angin..mesti berhabuk balik lantai luar rumah yg baru disapu tadi. Hurm, letihnya kena sapu tiap2 hari..bilik pun berhabuk. Nasib la bilik depan sekali..", saya mengeluh.


Rumah yg terletak di tepi jalan raya kampung kecil di perbatasan Cileles tidak dapat mengelak dari dicemar habuk dan debu yg di bawa angin dan kenderaan yang lalu lalang.

Pandangan dari dalam bilik, ke luar rumah dan terus menembus…


~~~~~~~~~~~~~~~


"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yg selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.."

[Al-Mutaffifin : 14]


Bermula dari debu kecil anggaran sebesar zarah.

Ia datang, ditiup angin..kemudian datang lagi ditiup angin lain yg dibawa kenderaan bermotor..

Terus-terusan debu itu datang menghinggap..

Lama kelamaan semakin menebal..berlapis-lapis..


Dari tidak terlihat dek pandangan mata kasar, sehingga ia terlihat.

Jika dibiar terus seminggu, debu semakin menebal dan semakin sukar untuk membersihkannya..

Tapi, jika setiap hari dibersihkan, yg terlihat hanya sedikit. Usaha untuk membersihkannya juga tidaklah sukar..Cuma perlukan usaha dan kerajinan.


Di satu sudut..

Kedengaran satu suara..lembut, berbaur tegas.


Bagaimana engkau melayani dosa-dosa kecil yg sering menghampirimu?

Masihkah engkau memiliki kecenderungan utk meremehkan kerana kecilnya dosa itu di matamu?

Jika masih dan benar adanya, maka ingatlah bahawa biarpun dosa itu bernilai kecil, tetapi bila ia sering dilakukan, ia akan berubah menjadi dosa yang besar.


Muhammad ibnu Abdullah SAW pernah mengingatkan,


"Jauhkanlah dirimu dari dosa-dosa kecil..!"


Kemudian, baginda membuat perumpamaan..


Seperti adanya suatu kaum yg singgah di suatu tanah lapang. Mereka memerlukan kayu bakar.

Maka, si A mengambil 1 ranting, si B mengambil 1 ranting. Sedikit demi sedikit, akhirnya terkumpullah kayu bakar yg banyak. Kemudian, mereka nyalakan api, sampai mereka boleh memasak roti mereka.


Baginda menyambung lagi dgn tenang..

"..Maka, demikianlah, bahawa dosa-dosa kecil itu menompok pada seseorang, sedang dia meremehkannya, hingga dosa-dosa itu meremehkannya.." [HR Ahmad, At-Thabrani, al-Baihaqi ]


Dosa kecil yg sudah sebati dalam diri, membuat diri semakin mudah mendekati dosa-dosa besar..

Hati telah tercemar dengan timbunan dosa-dosa yg akhirnya menghijab nur iman..

Cahaya iman nya semakin kelam..lagi pula debu-debu dosa itu tidak pernah disucikan dengan taubat, istighfar, taqarrub jua kebaikan.

Kerana imannya semakin pudar, tiada lagi signal alarm yg akan menahannya dari melakukan dosa & maksiat. Segalanya di anggap biasa, budaya, adat, trend dan seumpamanya..


Tompokan dosa di atas dosa..sehingga membutakan hati dan hati mati kerananya.

Hati mereka telah tertutup dgn segala debu-debu dosa, maksiat & jahiliyah.


Fudhail bin 'Iyadh mengatakan,

"Selama kamu menganggap kecil sebuah dosa,maka semakin besar dosa itu di hadapan Allah. Selama kamu melihat besar sebuah dosa, semakin kecil dosa itu di mata Allah.."


Adakah kita sedar bahawa dgn meremehkan dosa-dosa kecil, kita telah membenarkan seseorang bermaksiat kpd Allah?


Jangan melihat kecilnya dosa itu, tetapi lihatlah kepada siapa engkau berbuat dosa.

Pastinya ada rasa malu padaNya..namun, andai sudah tidak ada malu, maka, segeralah sucikan jiwamu..


Jika dulu kita sering melakukan maksiat, maka buatlah kebajikan pada masa2 yg tersisa ini..

Jika kita masih juga melakukan keburukan dan kemaksiatan pada masa2 yg masih berbaki ini, ingat bahawa kita akan dihisab atas kemaksiatan dahulu & juga pada masa2 berbaki ini..


"Sesungguhnya beruntunglah orang yg mensucikan jiwanya, dan sesungguhnya merugilah orang yg mengotorinya.." [Asy-Syam : 9-10]


Sucikanlah dirimu..sucikanlah hatimu. Baikilah ia, dan bawa dirimu pada ketaatan padaNya. Maka kau akan menjadi orang yg sangat beruntung dan mulia disisiNya..begitu pula sebaliknya.

Islam itu bersih,janganlah kita mengotorinya dgn noda2 dosa.


Konsepnya mudah..

Jika kita belum mampu berbuat banyak untuk kepentingan Islam, jangan pula kita menambah jumlah orang yg berbuat maksiat di muka bumi ini.


Betapa hanya kerana dosa yg sekelumit cuma pernah menggagalkan umat Islam suatu ketika dulu. Kejadian dlm perang Uhud kiranya cukup utk kita mengambil pelajaran. Kemaksiatan yg dilakukan oleh segelintir orang bisa memberi pengaruh besar pada kemenangan Islam.

Saff umat Islam yg pada awalnya kuat & solid menjadi porak-poranda hanya kerana sebahagian pasukan di atas bukit tergiur utk turun mengambil harta rampasan perang walau sudah diperintah rasulullah utk tetap di situ..

Hanya kerana itu, 70 orang sahabat syahid dan wajah insan terpilih SAW turut terluka.


Betapa dosa & kemaksiatan itu melemahkan saff sebuah perjuangan. Khalifah2 Islam, Abu Bakar & Umar juga sering berpesan pada pasukannya sebelum berjuang supaya tidak melakukan dosa dan kemaksiatan, juga bertaubat utk mensucikan diri.

Taqwa hanya ada pada jiwa yg bersih.Ia adalah perlengkapan yg paling sempurna utk mendepani musuh.

Taubat dapat melindungi mereka dari apa yg tidak dapat dicegah oleh pedang.

Pertolongan Allah hanya ada pada jiwa-jiwa yg bersih dari dosa & noda.

Betapa hebat generasi didikan madrasah Rasulullah. Sangat sensitif terhadap perbuatan dosa.


Bezanya dengan umat kini..

Dosa kecil dianggap enteng..dipandang sebelah mata.

Dari kejahatan kecil tidak dizahirkan, hingga berzina terang-terangan. Segalanya dianggap biasa.

Anggota yg dikurnia Allah, diguna tidak bertempat.

Mulutnya sering mengata, mengadu domba, menfitnah.

Matanya sering memandang yg haram.

Telinga tidak ditapis, malah dibiar ditarik mendengar aib.

Tangannya sering mengambil, menyentuh yg bukan miliknya.

Kakinya bergerak ke arah maksiat malah semakin mendekati.


Jangan mengadu jika hati tidak tenang tentaram..

Jangan meluah ilmu tidak masuk ke dada..

Jangan runsing langkah perjuangan semakin mandul..

Jangan pelik maksiat terasa nikmat..


Periksa hatimu..

Perbaharuilah ia..

Menangislah kerana DIA..

Allah Maha Pengampun..

Runtuhkan egomu..

DIA menanti rayuanmu..


Indahnya jika iman sentiasa dijaga..


"Allah menjadikan kamu cinta kpd keimanan & menjadikan iman itu indah dlm hatimu, serta menjadikan kamu benci pada kekafiran,kefasikan & kedurhakaan.." [Al-Hujrat: 7]


Hasan Al-basri bila ditanyakan apakah hari raya itu baginya..beliau menjawab,

"Setiap hari pada hari itu aku tidak melakukan maksiat kpd Allah.."


Subhanallah, Allahu Akbar! Sememangnya itulah kemenangan yg besar.


Kerdilnya terasa. Faqir..


Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah Al-'Azim~


Mari perbaharui iman kita. Sekarang. Jangan lagi bertangguh.


~~~~~~~~~~~~~


Akhirnya, saya mengambil penyapu..

Menyapu debu-debu yg mengotori lantai luar dan bilik..

Saya mahu menyapu, membersih, dan menggilap hati ini jua. Berilah kekuatan padaku, Ya Ghafur, Ya Qawiy, Ya 'Aziz.


--------------


** Tak sabar menanti kehadiran tetamu vip Jumaat ni, abah & ummi.hehe..;) Moga dipermudahkan & diberkati Allah.


** Saya kembali membela ikan hias..kali ni, Ikan Bluster.huhu..entahla..pakcik tu yg cakap nama dia macam tu..huhu.


** Hanya tinggal berdua bersama Cik Balqis, yang lain semua balik rumah. Internet pula buat hal. Ni online di che.co..ambil kesempatan utk update blog :) Moga bermanfaat.



"RedhaMu Rabbi Kemuncak Impianku~"
Al-Faqirah iLa Allah